Ruang kerja guru Malaysia

Satu Gerbang. Kitaran Mendidik Saling Bertaut.

Rancang. Laksana. Nilai. Bertindak.

Jadual, RPH, kehadiran, pentaksiran dan laporan kelas dalam satu ruang kerja. Rekod sekali, guna semula antara modul. AI membantu menyediakan draf RPH, lembaran kerja dan rancangan untuk cikgu semak; keputusan kekal di tangan cikgu.

Satu platform, satu rekod, pelbagai modul.

Jadual peribadi cikgu di hujung jari
Dekatkan sekolah dan keluarga: Sahsiah, hebahan dan portal ibu bapa menyatukan komuniti kelas.
Urus hari dengan jelas: Jadual, kelas, kehadiran dan takwim dalam satu aliran kerja yang jelas.
Rancang. Jana. Terus mengajar. Bank RPT, RPH dan tugasan saling bersambung supaya perancangan tidak perlu diulang.
Nilai. Faham. Bantu. Rekod RPM, PBD, markah ujian dan bukti projek dalam satu tempat.
Data menjadi tindakan: Analitik, headcount dan laporan menunjukkan siapa yang memerlukan tindakan seterusnya.

Akses merentas peranti

Kelas bergerak. Rekod ikut sekali.

Guna di telefon atau komputer, dan data cikgu sentiasa segerak. Buka kelas semasa waktu rehat, sambung kerja di rumah, tanpa hilang satu rekod pun.

Dashboard
Akses Web & Tablet
Log Masuk
Telefon

Asas produk

Dibina untuk cara guru Malaysia bekerja.

Berfungsi di telefon

Ambil kehadiran di dalam kelas, sambung kerja di rumah. Data sentiasa segerak.

Data murid dijaga

Setiap rekod terikat pada akaun cikgu sendiri dan tiada guru lain boleh mengaksesnya. Data disimpan di pelayan TecerTools di Johor, Malaysia.

Bahasa kerja guru Malaysia

RPH, RPM, PBD, TP, SK dan SP kekal sebagai istilah yang cikgu kenal. Cikgu menyemak sebelum menggunakannya secara rasmi.

Data kekal milik cikgu

Eksport ke PDF atau Excel bila-bila masa. Jika cikgu berhenti menggunakannya, rekod tetap boleh dieksport.

Bukti daripada guru

Guru sebenar, kelas sebenar.

50

guru terawal sudah bermula dengan tecertools

100+

pemasangan Chrome extension

18

modul dalam satu ruang kerja, ditambah Kertas dan tiga aplikasi percuma

Kehadiran
“Mudah untuk urus kelas saya yang banyak. Kehadiran murid mudah saya isi, dan boleh saya isi di IDME kemudian hari.”
Cikgu Lyn · Guru Matematik, Shah Alam

Pelan yang jelas

Mula percuma. Naik taraf apabila perlu.

Member kekal percuma. Fellow dan Professional: kelas tanpa had, eksport tanpa tera air dan lebih banyak generate RPH.

Member

Percuma

Cuba cara kerja yang lebih teratur.

Daftar

Batal bila-bila masa. Data anda kekal.

  • Jana RPH satu waktu pada satu masa, dan seminggu penuh sekali, percuma
  • Token Sahsiah di 1 kelas pilihan anda
  • Takwim, Jadual Waktu dan RPM untuk 3 kelas
  • Kertas peperiksaan UASA dan bank soalan, percuma
Lihat semua ciri
  • Takwim, Jadual Waktu, Profil, Peringatan, Nota Pantas
  • RPM, Tugasan, Laporan Bulanan, Headcount, Ujian & Markah: had 3 kelas
  • Kehadiran harian percuma; Analitik Murid: lihat sahaja
  • PBD: isi penuh, eksport dengan tera air
  • Generate RPH: 5 waktu sebulan, satu demi satu, tiada jana semula. Seminggu penuh sekali, percuma
  • Token Sahsiah: 1 kelas pilihan anda
  • Komunikasi: draf dan salin mesej sahaja
  • Kertas: bank soalan dan kertas peperiksaan UASA
  • Sambungan Chrome Kehadiran: import kehadiran ke MOEIS (padanan nama AI ada had mingguan)
  • Sambungan Chrome PBD: eksport ke IDME: dikunci
Paling popular

Fellow

RM10/bulan

dibil RM120 setahun

RPH seminggu siap sebelum Isnin.

Lihat pelan dalam aplikasi

Tiada kad? Bayar sekali setahun dengan FPX

Batal bila-bila masa. Data anda kekal.

  • Semua ciri Member, ditambah:
  • RPH seminggu sekali gus, satu kelas atau seluruh jadual
  • RPH dijana daripada jadual dan RPT cikgu, untuk disemak sebelum digunakan
  • Semua kelas anda, tanpa had
  • Buka mesej WhatsApp atau Telegram kepada waris dengan draf siap dari modul yang cikgu sedang guna, dan simpan rekodnya
  • Chrome extension mengisi PBD di IDME dan kehadiran di MOEIS; cikgu simpan sendiri di portal
Lihat semua ciri
  • Tiada had kelas
  • Automasi Chrome extension Kehadiran & Analitik Murid: akses penuh
  • Eksport PDF/Excel tanpa tera air
  • Generate RPH seminggu (satu kelas atau seluruh jadual) tanpa had; jana semula minggu 3 kali sebulan; jana semula satu waktu 3 kali seminggu
  • Komunikasi: buka WhatsApp/Telegram dan simpan rekod
  • Dashboard Guru Kelas, Token Sahsiah untuk semua kelas, Senarai Semak Kelas, Bukti Projek, Portal Ibu Bapa, upload RPT dan borang RPH sekolah
  • Import Takwim dan Jadual Waktu daripada gambar
  • Sambungan Chrome: eksport PBD ke IDME; padanan nama AI Kehadiran tanpa had

Professional

RM16.67/bulan

dibil RM200 setahun

Kutip dan semak buku satu kelas dengan imbas QR.

Lihat pelan dalam aplikasi

Tiada kad? Bayar sekali setahun dengan FPX

Batal bila-bila masa. Data anda kekal.

  • Semua ciri Fellow, ditambah:
  • Kutip dan semak buku satu kelas dengan imbas QR
  • Tahu siapa belum siap kerja tanpa menyemak satu-satu
  • Cipta lembaran kerja di Kertas bermula daripada waktu RPH, dengan soalan cadangan AI untuk cikgu semak
Lihat semua ciri
  • Label QR buku dan kad QR murid; imbas untuk kutip dan semak
  • Rekod Kerja, Kerja Tertunggak dan pertanyaan kerja selepas waktu mengajar
  • Lembaran Kerja di Kertas: soalan cadangan AI, susun atur dan gambar AI (had harian dikenakan)
  • Jana semula satu waktu 6 kali seminggu; jana semula minggu 6 kali sebulan

Data murid disimpan di pelayan TecerTools di Johor, Malaysia. Baca Dasar Privasi

Sebelum bermula

Soalan lazim.

Jawapan terus tentang persediaan kelas, data, pelan dan Chrome extension.

Berapa lama masa untuk menyediakan kelas saya?

Import senarai murid terus daripada fail Excel yang sedia ada, tanpa perlu menaip semula. Sekali import, kelas sedia digunakan sepanjang tahun.

Adakah data murid saya selamat?

Setiap rekod terikat pada akaun cikgu sendiri dan tiada guru lain boleh mengaksesnya. Data disimpan di pelayan TecerTools di Johor, Malaysia. Dasar Privasi menyenaraikan setiap pihak ketiga yang memproses data, termasuk penyedia AI.

Bolehkah saya mengeksport data saya?

Boleh, pada bila-bila masa. Eksport ke PDF atau Excel daripada mana-mana modul. Rekod itu milik cikgu.

Adakah tecertools masih dalam Beta Awam?

Beta Awam tecertools telah tamat. Guru yang mendaftar semasa Beta Awam menerima 4 bulan percuma selepas pelancaran sebagai faedah legasi. Faedah ini tidak diperbaharui dan tidak terpakai untuk pendaftaran selepas beta tamat. Pendaftaran baharu mengikut pelan Member, Fellow atau Professional.

Perlukah saya memasang Chrome extension juga?

Tidak wajib. Web app berfungsi sendiri; Chrome extension hanya mempercepatkan pengisian PBD di IDME dan kehadiran di MOEIS.

Apakah yang AI lakukan, dan siapa yang membuat keputusan?

AI menyediakan draf dan cadangan: RPH, bacaan RPT atau borang RPH daripada dokumen dan gambar, rancangan projek, pelan intervensi, ayat sasaran dan pencapaian Keberhasilan, padanan nama murid semasa mengimport kehadiran, serta soalan dan susun atur lembaran kerja di Kertas. Cikgu menyemak dan memilih apa yang digunakan. AI tidak menentukan TP, gred atau tindakan terhadap murid, dan nama murid tidak dihantar kepada AI untuk perancangan projek atau intervensi.

Adakah tecertools menghantar terus ke IDME atau MOEIS?

Tidak. tecertools bukan produk rasmi KPM. Chrome extension mengisi borang di IDME dan MOEIS untuk cikgu semak, dan cikgu sendiri yang menyimpan atau menghantar di portal rasmi.

Apa yang percuma, dan apa yang perlu dibayar?

Pelan Member kekal percuma. Kertas, Figura, Geometrik dan Safari Senyap juga percuma; kertas peperiksaan UASA dan bank soalan di Kertas terbuka kepada semua pelan, manakala mencipta lembaran kerja di Kertas ialah pelan Professional. Fellow (RM13/bulan atau RM120/tahun) membuka semua kelas dan eksport tanpa tera air. Professional (RM23/bulan atau RM200/tahun) menambah imbasan QR buku dan lembaran kerja.

Bolehkah digunakan di telefon?

Boleh. Ambil kehadiran di dalam kelas melalui telefon, sambung kerja di komputer, dan data sentiasa segerak.

Tentang tecertools

tecertools dikendalikan oleh TECERTOOLS DIGITAL SOLUTION untuk guru sekolah rendah dan menengah di Malaysia. tecertools bukan produk rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), IDME atau MOEIS, dan tidak berafiliasi dengan mana-mana pihak tersebut.

Baca lebih lanjut tentang kami

Mula hari ini

Mula merekod hari ini. Guna sepanjang tahun.

Sediakan kelas cikgu sekali, dan biarkan rekod itu bekerja hingga hujung penggal. Member kekal percuma. Fellow dan Professional menawarkan lebih banyak ciri.

Cuba Percuma

Member kekal percuma · Tiada kad kredit diperlukan

Storan yang perlu (termasuk rekod tetapan ini) sentiasa aktif kerana laman tidak berfungsi tanpanya. Analitik adalah pilihan.