Kembali ke Utama

Tentang tecertools

tecertools dibina untuk satu masalah yang mudah dilihat tapi sukar diselesaikan: guru di Malaysia menghabiskan banyak masa mengurus rekod — jadual, RPM, kehadiran, markah, laporan — merentasi pelbagai borang dan sistem yang tidak saling berhubung.

Untuk siapa

Guru sekolah rendah dan menengah di Malaysia — termasuk guru mata pelajaran, guru kelas, dan guru yang memegang tanggungjawab kokurikulum atau disiplin tambahan. Aplikasi tecertools menggunakan Bahasa Malaysia kerana itulah bahasa kerja harian di sekolah; laman web ini juga tersedia dalam English.

Pendekatan kami

tecertools tidak cuba menggantikan sistem rasmi seperti IDME atau MOEIS — sebaliknya menyatukan rekod guru sendiri (jadual, RPM, kehadiran, markah, pemeriksaan buku, bukti projek) di satu tempat, dan mempercepatkan kemasukan ke sistem rasmi melalui Chrome extension seperti TecerTools PBD dan TecerTools Kehadiran.

Status & data murid

Beta Awam tecertools telah tamat. Pelan Member kekal percuma; Fellow dan Professional tersedia mengikut harga semasa. Guru yang mendaftar semasa Beta Awam kekal menerima faedah 4 bulan percuma selepas pelancaran sebagai manfaat sejarah. Data murid yang disimpan tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) dan pindaan 2024 — baca Dasar Privasi untuk butiran penuh.

Siapa mengendalikan tecertools

tecertools dikendalikan oleh TECERTOOLS DIGITAL SOLUTION (Indahria Apartment, Persiaran Teknologi Subang, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor). tecertools bukan produk rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), IDME atau MOEIS, dan tidak bergabung dengan mana-mana pihak tersebut.

Ada soalan atau cadangan?

Kami baca setiap e-mel yang masuk semasa Beta Awam ini — tecertools@gmail.com, atau lawati halaman Hubungi.

Storan yang perlu (termasuk rekod tetapan ini) sentiasa aktif kerana laman tidak berfungsi tanpanya. Analitik adalah pilihan.