Undang-undang
Dasar Privasi — Extension TecerTools Kehadiran
Sambungan pelayar Chrome yang membantu guru mengisi kehadiran harian di MOEIS. Dasar ini menerangkan data yang diproses dalam pelayar, data yang dihantar untuk padanan AI, dan kawalan yang tersedia kepada guru.
01Pengenalan
TecerTools Kehadiran ("sambungan") ialah sambungan pelayar Chrome pihak ketiga yang membantu guru Malaysia mempercepatkan kemasukan kehadiran pada laman MOEIS Kehadiran (moeispel.moe.gov.my). Sambungan ini bukan sistem rasmi KPM dan tidak menggantikan MOEIS.
Sambungan ini ialah sebahagian daripada perkhidmatan TecerTools dan tertakluk pada rangka kerja APDP yang sama seperti Dasar Privasi utama kami.
02Ringkasan
- Sambungan membaca halaman MOEIS yang sedang guru buka untuk mengenal pasti medan kehadiran yang perlu diisi.
- Apabila guru klik "Analisis", teks ketidakhadiran yang ditampal dihantar ke pelayan TecerTools (fungsi padanan AI) untuk memadankan nama murid dan sebab ketidakhadiran.
- Sebelum padanan AI, sambungan menyemak had penggunaan mingguan akaun anda di pelayan TecerTools; semakan ini tidak menghantar nama murid.
- Anda boleh log masuk dengan e-mel dan kata laluan, atau dengan akaun Google.
- Kami tidak menjual data, tidak menjalankan iklan, dan tidak menggunakan data murid untuk tujuan pemasaran.
03Data yang diakses dan diproses
Dalam tab Percuma, guru menampal teks ketidakhadiran daripada WhatsApp, Telegram, atau sumber kelas lain. Teks ini boleh mengandungi nama murid, sebab ketidakhadiran, kategori, tarikh, atau nota ringkas yang ditulis guru.
Apabila guru menekan "Analisis", teks tersebut dihantar ke pelayan TecerTools di Kulai, Johor, Malaysia, yang seterusnya menghantarnya kepada penyedia AI untuk pemadanan AI: OpenAI (Amerika Syarikat) sebagai penyedia utama, dan DeepSeek (China) hanya sebagai sandaran apabila OpenAI tidak tersedia. Pemprosesan oleh penyedia tersebut berlaku di luar Malaysia, dan penyedia boleh menyimpan permintaan API sehingga 30 hari untuk tujuan pemantauan penyalahgunaan sebelum dipadam. Tujuannya hanya untuk memadankan nama dan menukar sebab kepada kategori/sebab MOEIS yang sesuai sebelum guru menyemak hasilnya.
- Nama murid dan sebab yang ditampal digunakan untuk padanan automatik.
- Hasil padanan dipaparkan semula kepada guru untuk semakan sebelum apply.
- Padanan yang tidak pasti tidak sepatutnya di-apply secara senyap; guru perlu menyemak dan membuat keputusan.
04Data yang disimpan
- chrome.storage.local menyimpan sesi log masuk cache (token sesi TecerTools), e-mel, nama paparan, dan tetapan sambungan pada peranti guru.
- Penanda sekali guna yang memaparkan mesej alu-aluan selepas log masuk Google, dipadam sebaik mesej ditutup.
- Pemetaan sebab tersuai, jika digunakan, disimpan untuk mempercepatkan penggunaan berulang pada peranti atau akaun guru.
- Rekod kelas yang ditarik melalui tab Tecertools berasal daripada akaun tecertools.my guru sendiri dan tertakluk pada Dasar Privasi utama TecerTools.
05Kebenaran yang diminta
- activeTab — menjalankan automasi pada tab MOEIS yang sedang aktif apabila guru menggunakan sambungan.
- identity — membuka tetingkap log masuk Google apabila guru memilih "Log masuk dengan Google", dan menerima semula kod log masuk TecerTools selepas itu. Kebenaran ini tidak memberi akses kepada akaun, e-mel, atau fail Google guru.
- storage — menyimpan sesi log masuk cache, tetapan, dan pemetaan sebab.
- Host permissions termasuk moeispel.moe.gov.my untuk halaman MOEIS, serta pelayan TecerTools (supabase.tecertools.my) untuk log masuk, import kelas/kehadiran, dan padanan AI.
06Log masuk akaun
Log masuk akaun tecertools.my diperlukan untuk padanan AI dan ciri import Tecertools. Log masuk dikendalikan oleh perkhidmatan log masuk TecerTools sendiri di Kulai, Johor, Malaysia; kata laluan anda dihantar melalui HTTPS dan disimpan di sana hanya sebagai cincangan (hash), bukan dalam sambungan.
Jika anda memilih log masuk dengan Google, anda log masuk ke Google dalam tetingkap Google sendiri; sambungan tidak nampak kata laluan Google anda. Google berkongsi nama, alamat e-mel, dan gambar profil anda dengan perkhidmatan log masuk TecerTools. Jika anda belum mempunyai akaun TecerTools, akaun percuma dicipta dengan butiran ini. Sambungan tidak menyimpan token akses Google, dan log masuk ini tiada kaitan dengan padanan AI yang diterangkan di atas.
07Penggunaan terhad (Limited Use)
- Data digunakan hanya untuk menyediakan fungsi sambungan yang diterangkan dalam dasar ini.
- Data tidak dipindahkan atau dijual kepada pihak ketiga untuk pengiklanan, pemasaran, atau tujuan tidak berkaitan.
- Akses manusia kepada data hanya berlaku dengan persetujuan anda, untuk sokongan yang anda minta, atau apabila diwajibkan undang-undang.
08Apa yang kami tidak lakukan
- Kami tidak menjual atau menyewa data guru atau data murid.
- Kami tidak menggunakan teks ketidakhadiran untuk melatih model pemasaran atau profil iklan.
- Kami tidak menghantar data ke MOEIS sendiri; sambungan mengisi medan pada halaman MOEIS guru, dan guru masih mengawal penghantaran borang MOEIS.
09Pengekalan & penghapusan data
- Data setempat sambungan kekal pada peranti sehingga guru log keluar, mengosongkan storan, atau membuang sambungan.
- Log pelayan TecerTools untuk fungsi padanan dikekalkan mengikut konfigurasi operasi dan keselamatan perkhidmatan, dan tidak digunakan untuk pemasaran.
- Guru boleh meminta penghapusan akaun/data TecerTools dengan menghubungi kami.
10Data kanak-kanak
Sambungan ini ialah alat profesional untuk guru. Nama murid diproses untuk tujuan rasmi guru mengurus rekod kehadiran. Guru dan sekolah kekal bertanggungjawab memastikan penggunaan teks ketidakhadiran mematuhi dasar sekolah dan undang-undang perlindungan data yang berkaitan.
11Perubahan kepada dasar ini
Jika dasar ini berubah, tarikh "Kemas kini terakhir" di atas akan disemak semula. Perubahan penting akan dipaparkan di sini sebelum ia berkuat kuasa.
12Hubungi
Soalan tentang dasar ini atau data anda boleh dihantar ke: tecertools@gmail.com